BREAKING NEWS:Penyokong sindir TFC pulang duit RM1.5 juta…..

BREAKING NEWS:Penyokong sindir TFC pulang duit RM1.5 juta…..

Penyokong sindir TFC pulang duit RM1.5 juta ‘scammer’ tapi penaja utama masih berdiam diri

KHABAR angin kurang enak sedang berlegar dalam kem pasukan Terengganu FC (TFC) selepas segelintir penyokong mendakwa pihak penaja utama Sang Penyu masih belum melunaskan bayaran tajaan bagi musim 2024/25.

Dakwaan itu turut sedang bermain dalam media sosial dengan beberapa laman Facebook penyokong Terengganu tidak mahu isu terbabit berlanjutan sehingga memberi kesan kepada status kewangan pasukan.

Jika benar penaja masih belum melunaskan pembayaran duit tajaan ia pastinya akan mengganggu momentum Sang Penyu yang cemerlang menewaskan Sabah FC menerusi keputusan empat jaringan tanpa balas dalam perlawanan Piala FA di Stadium Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada Jumaat lalu (28 Jun).

Share this post